Tuesday 17 April 2012

PERTANDINGAN PENULISAN SAJAK SANTAI =)



Penyertaan terbuka kepada semua pembaca dan pengunjung blog.


2.       Tema adalah berkaitan alam sekitar dan kemanusiaan.


3.       Had maksimum penyertaan adalah 2 sajak untuk setiap penyajak.


4.       Panjang sajak sekurang-kurangnya 10 baris.


5.       Sajak-sajak dihantar ke cenderawasih.hijau@gmail.com


6.       Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Julai 2012.


7.       Penganjur berhak mengubah tarikh tutup penyertaan dan syarat-syarat lain.


8.       Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua, ketiga & saguhati berupa buku-buku dan lain-lain.


9.       Penganjur berhak menerbitkan sajak yang dikirim oleh peserta di dalam blog, kredit akan diberi.


10.   Hantarkan sajak beserta nama pena  dan lokasi (contoh: Amira, Kuala Lipis).


11.   Pemenang akan dihubungi melalui e-mel untuk butiran peribadi sepenuhnya.


12.   Sajak akan diadili oleh penulis blog sendiri. Justeru, kekhilafan mungkin berlaku dalam proses pengadilan.


13.   Pertandingan ini tidak lain hanya untuk menyemarakkan penulisan sajak di kalangan pengunjung dan  pembaca blog. Justeru, ia lebih kepada pertandingan penulisan sajak yang santai.  




Thursday 12 April 2012

KRISIS

Daku hanya insan,
cari erti segala,
terkadang bikin pusing,
kerna banyak harap,
jua mimpi semata.

Krisis belenggu,
haruskah daku?
mengapa begini begitu,
alangkah seksa jiwa,
tika merintih hampa.

Andai benar segala,
daku pasrah,
kerna ku hanya basyar,
tak lekang daripada khilaf,
mengharap penghujung cahaya.


nukilan;
Cenderawasih Hijau

Monday 9 April 2012

NENDA

Andai bisa daku undur,
waktu tersisa terbuang,
pasti ku pinta,
saat waktu bersama nenda,
berputar kembali jelma,
kerna ku rindu nian.


Pelukan hangat nenda,
nasihat dihambur ikhlas,
beriku pengertian,
ajariku kefahaman,
redakan kala ku mendung,
senyum mu bening.


Duhai nenda,
dikau sumber aspirasi,
beri inspirasi sepanjang tika,
terpahat di sanubari,
nenda sayangku untukmu,
semoga bahagia di sana.



nukilan;
Cenderawasih Hijau