Tuesday 22 October 2019

DAN

Dan malam berlalu
bawa pergi segala kisah
siang ditinggal
bawa kenangan duka
tempa memori bahagia
tidak pernah sunyi
selagi hidup masih hidup

SESAL

Sesal
tak sekali aku sesal
sesal
tak sekali aku takut
sesal
tak sekali aku berundur
kerna Dia ada
peniup semangatku
penuntun kala aku hilang

RASAKU

Rasaku 
tak siapa peduli
hanya mahu madu ku
hanya mahu perah kudrat
biar apa jadi
kerna rasaku
tiada nilai buat kalian.