Thursday 27 December 2012

Rahsia Kejayaan

Sebenarnya, tak mudah untuk berjaya kerana pengorbanan ibarat teman setia kepada orang yang mahu berjaya. Setiap orang juga menempuh jalan yang berbeza untuk berjaya. Ada orang yang jalannya tidak begitu sukar namun ada yang menempuh jalan yang sukar untuk meraih kejayaan. Namun, siapa yang berusaha, suatu hari nanti pasti menempa kejayaan. Beberapa sikap yang penting untuk berjaya ialah:

a) Rajin berusaha
Untuk menjadi orang yang luar biasa, anda harus berusaha secara luar biasa. Walaupun ramai yang beranggapan apalah gunanya bersusah-payah, jalanilah hidup dengan tenang, namun itulah silapnya. Tenang dan kuat berusaha perlu dibezakan. Ada orang yang tenang tetatpi berusaha bersungguh-sungguh dalam segala pekerjaan yang dilakukan. Pokok pangkalnya, berusahalah setakat yang termampu. 

b) Sabar
Apabila sudah berusaha sedaya upaya, bersabarlah dengan apa-apa keputusan atau hasil yang diperoleh. Sekiranya hasil yang diperoleh tidak sebaik yang dijangka, bersabarlah. Sekiranya hasil yang diperoleh begitu membahagiakan, bersyukurlah. Ada hikmah balik segala, mungkin hari ini gagal, esok menjanjikan kesenangan berlipat ganda sekiranya anda terus berusaha dengan penuh kesabaran.

c) Bertanggungjawab
Lakukan segala usaha dengan penuh rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, negara, dan sebagainya. Bayangkan betapa pentingnya untuk anda berusaha bersungguh-sungguh demi kebajikan mereka dan diri sendiri. Apabila timbul rasa tanggungjawab, anda tidak akan merasa terbeban dengan pekerjaan yang dilakukan. Sebaliknya, lama kelamaan timbul rasa gembira untuk berbakti kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan sebagainya.

d)_______________
(Isikan dengan sifat yang dirasakan perlu untuk anda miliki bagi mengecapi kejayaan. Setiap orang cara kerjanya berbeza dan perjalanan hidup turut berbeza.)