Wednesday 31 July 2013

BETAH

Aku tak betah
duga segala
aku tak kuasa
fahami segala
aku tak ingin
sengsara selama.

Friday 26 July 2013

DAH



Dah
Kalau namanya manusia
Kau tak boleh
Kau tak bisa
Anggap sesiapa sempurna

Dah
Kalau namanya manusia
Kau tak boleh
Kau tak bisa
Berharap sepenuhnya

Dah
Kalau namanya manusia
Esok
Lusa
Mungkin dia yang kau kenal
Tak seperti dulu
Sudah lain

Dah
Kalau namanya manusia
Kau tak boleh
Kau tak bisa
Faham fikiran
Faham rasa
Faham jiwa
Sepenuhnya

Dah
Kalau namanya manusia
Tiada yang kekal
Semua sementara
Sampai tika
Saat terhenti
Nafas berhenti

Thursday 4 July 2013

KOSONG 3

Suatu hari
pasti ku berjaya
suatu hari
pasti ku mampu
jadi apa mahuku
pergi mana mahuku
buat apa sukaku
kerana aku adalah aku
aku bak timun
menggolek hancur
digolek hancur
namun ku pasrah
kan ku cuba sedaya
kerna aku tetap aku.

KOSONG 2

Tuhan
banyak dosaku padaMu
aku sering alpa
lena dengan dunia
hingga tak kusedari
hitungan hari
detik jam
kian lama menjauh
ku turut jauh
sirnaMu kumalapkan
ku hina dina
tak reti syukuri
segala limpah kurnia
beri aku kekuatan
sungguh aku lemah.


KOSONG 1

Hidup ini
bukan apa
tiada apa
aku tak erti
apa ku cari
terkejar sana sini
sedang tidur tak lena
hanya tunggu tika
nafas terhenti
realiti menghilang
dan ku sedari
ku cuma kerdil
ku bukan apa
bak bangkai bernyawa.