sering saja landa diri
keluarga di kanan
kawan di kiri
dunia akhirat
apa mahu ku?
Krisis dalaman
kerna perubahan hormon
atau perubahan dalaman?
atau perubahan usia?
apa mahu ku?
Konflik dalaman
bikin jiwa lara
walau terukir senyum
segaris luka kelihatan
buat ku tertanya
siapakah diri?
ke mana arahku?
apa peganganku?
apa mahu ku?
ku mengerti
diri tak sempurna
khilaf merata
namun
apa mahu ku?
nukilan;
Cenderawasih Hijau