Aku
Bukan pemuisi indah
Jauh sekali
Jauhari seni
Aku cuma aku
Pencerita
Tentang rasa.
# sempena kiriman ke-250
Senja nan dingin
Di banjaran
Sayup-sayup pancaran
Sedang hijau temani
Indah nian
Seakan diseru
Untuk tinggal
Pergi segala duka
Lupa lara nestapa.
Sangat sukar hidupku
sangat mencabar
penuh onak duri
diselangi tangis hilai tawa
yang tak henti
hingga satu titik pasti.