Thursday, 19 November 2020

INSAN BERNAMA AKU

 Walhal 

Aku basyar 

Maafkan aku 

KEPASTIAN

Bukan ku tahu 

Apa jamin masa depanku 

Tidak ku erti 

Aturan kehidupan 

Sering ku tanya 

kenapa aku 

kenapa tidak mereka 

Tidak ku erti 

Rahmat kasihNya 

Tulus buatku 

Jaga ku tiap tika 

Terima kasih Tuhan.

TAK SAMA

Tak sama lagi 

Masa lalu masa kini 

Jiwa dulu jiwa sekarang 

Pengalaman lalu realiti kini 

Waktu yang berlalu 

Telusuri rencah kehidupan 

Takkan betah sama 

Biarkan saja berlalu 

Jiwaku berontak 

Ingin terbang tinggi 

Kepingin lari laju 

Tiada lagi muram 

Nyah saja duka

Bawaku pergi 

Bersama kicauan merdu unggas.

Tuesday, 7 April 2020

PELBAGAI



Pelbagai cerita 
Pelbagai rasa 
Mehnah ujian 
Kadang tak tertanggung 
Daku redha 
PadaNya daku tawakkal 
Moga hilang duka 
Sirna bahagia munculkan diri 




Sunday, 12 January 2020

PENAMAT

Titik noktah
jalanan ini
tidak daku tahu
tidak ku erti
takkan bisa
doakan aku.

ANEH

Aku memang orang aneh
JAUHI AKU
Kerna aku
tak seperti
kamu
mereka
kalian
Tapi
kenapa aku jua yang kau cari?

LUKA DUKA

Hidup ini
terluka
dilukai
melukai
tiap masa
tiap tika
walau apa
hidup tetap hidup
usah putus asa.

BEBAN

Seringkali
ku dibebani
persoalan hidup
yang bertali arus
tak pernah putus
buat aku merintih
hatiku kecewa
jiwaku derita
Aku mencariNya
dalam kegelapan malam.

SENDIRI

Biarlah aku 
sendiri
terasing
Membawa diri
yang serapuh kaca
Membawa jiwa
yang kian lara
Ku cuba tegar
Namun ku gagal
Aku pasrah.