ikhlas senyum terukir,
tawa suka ria,
hati jiwa puas,
gembira nian,
kerna kemenangan indah.
sungguh,
seisi alam merai,
langit gemerlapan,
burung bersiulan,
si kecil berlari riang,
'esok raya' jadi teriakan,
ayah ibu seronok kepalang,
rahmat Ilahi sentiasa.
juadah aneka,
hiasan pelbagai,
ziarah jalin hubungan,
jauh didekat rapat,
khilaf ditinggal jauh,
huluran tangan bersambut jua,
bikin senyum lebar.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Monday, 29 August 2011
Saturday, 27 August 2011
Ramadhan Syawal
setahun sekali,
dia datang,
dia berangkat lalu,
walhal diri terkontang masih,
namun ku pasrah,
sampai masa tika,
kau pergi jua.
dan datang lebaran,
sujud syukur atas tiba,
tanda menang,
hadiah tabah,
tarbiah Ramadhan usai sudah,
semoga berkat milikmu.
perginya si dia,
datang si dia lain,
patah tumbuh,
hilang berganti,
namun dikau tiada dua,
semoga ketemu lagi.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Monday, 22 August 2011
SUKA
tika hati bunga riang,
dunia bak ana yang punya,
jiwa berlagu,
resah ketepian,
bikin hidup indah amat.
namun,
lekuk atas,
kan kembali bawah,
tanpa kira,
bak petik jari,
semua berubah,
dunia berputar,
bertukar arah.
justeru,
sederhana jadi amalan,
kerna,
itu sebaik insan.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
dunia bak ana yang punya,
jiwa berlagu,
resah ketepian,
bikin hidup indah amat.
namun,
lekuk atas,
kan kembali bawah,
tanpa kira,
bak petik jari,
semua berubah,
dunia berputar,
bertukar arah.
justeru,
sederhana jadi amalan,
kerna,
itu sebaik insan.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Thursday, 18 August 2011
REALITI lawan FANTASI
beza amat,
manakan sama,
satu depan mata,
satu berselindung diri,
tiada kan serupa.
dihijab fantasi jiwa bahagia,
terkadang tambah duka,
realiti jua tak seindah mimpi,
namun terkadang mencuit hati,
sukar sekali temui pemutus.
fantasi jua realiti,
justeru sama saja,
biar diri terawang-awang,
kaki berpijak di dunia nyata.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Sunday, 14 August 2011
UKHWAH
ukhwah indah,
tika bersama,
bahagia jiwa,
senda gurau,
gelak tawa,
jalinan persahabatan.
kala suria memancar,
senyum melebar,
sama riang ria.
kala duka,
hati resah,
sama berganding,
sama memimpin.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
tika bersama,
bahagia jiwa,
senda gurau,
gelak tawa,
jalinan persahabatan.
kala suria memancar,
senyum melebar,
sama riang ria.
kala duka,
hati resah,
sama berganding,
sama memimpin.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Friday, 12 August 2011
PERJUANGAN
deretan manusia,
bak semut hitam,
himpun berarak,
laung semangat perjuangan,
kerna itu hak mereka,
buat generasi anak tercinta.
poster merata,
"Hak kami jangan ditidakkan!"
"Ini hak kami!"
buat sedarkan,
telinga yang pekak,
tak bisa dengar,
mata dibutakan,
walau laungan depan mata.
dan mereka,
terus bergerak,
kerna mereka yakin,
pasti akan visi,
azimat perjuangan.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Tuesday, 9 August 2011
BULAN MULIA
bulan berkah,
bikin jiwa-jiwa sayu,
kepingin dekati Dia,
bulan ampunan,
seribu bulan layaknya.
bulan ganjaran,
hati keras terpukul,
tambah hiba hati lembut,
sungguh dikau,
suatu anugerah.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
SALAH
khilaf mana-mana,
apa jua bikinmu,
khilaf tampak,
ekor mata perhati,
tiap gerak geri,
sorok tak bisa.
khilaf undang nestapa,
undang fitnah umpat,
turut sama tuduhan,
bak makan daging saudara,
jijik amat.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Sunday, 7 August 2011
BODOH
madah bicara,
cerminan diri,
tersasul merapu,
patah-patah kata,
undang hilai tawa.
bodohkah itu?
nukilan;
cerminan diri,
tersasul merapu,
patah-patah kata,
undang hilai tawa.
bodohkah itu?
atau hanya,
cetus tawa,
bikin jiwa gembira,
mulut lengkung bawah,
tanda insan berhati,tanda kita manusia.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Friday, 5 August 2011
FITNAH
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
sayup-sayup dengar,
si polan buat itu ini,
rancak si pencerita,
telinga menadah ikut lena,
hati percaya kelabu mata.
mudah amat,
tabur kata,
bak beri itik makan,
mana sesal,
mana maruah,
asal hati puas,
bikin tandus jiwa.
ibarat kayu api,
bakar diri sendiri,
nyalakan lagi,
kelak kau mengerti.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
TUAH
orang kata,
tuah ayam,
di kaki tampak,
nasib insan,
bagai roda,
terkadang bawah,
terkadang atas,
tangis tawa suka duka,
resmi pentas dunia.
kata orang,
tuah insan siapa tahu,
hanya Dia.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Wednesday, 3 August 2011
SUARA
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
kerap kudengar,
suara halus,
tagih kasih,
minta sayang,
kerna sepi,
kerna butuh insan.
suara kecil,
dipandang enteng,
kerna diri,
tiada uang,
tiada siapa,
sedang derita,
milik dia.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
kerap kudengar,
suara halus,
tagih kasih,
minta sayang,
kerna sepi,
kerna butuh insan.
suara kecil,
dipandang enteng,
kerna diri,
tiada uang,
tiada siapa,
sedang derita,
milik dia.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
Subscribe to:
Posts (Atom)