Monday 29 August 2011

LEBARAN

ikhlas senyum terukir,
tawa suka ria,
hati jiwa puas, 
gembira nian,
kerna kemenangan indah.


sungguh,
seisi alam merai,
langit gemerlapan,
burung bersiulan,
si kecil berlari riang,
'esok raya' jadi teriakan,
ayah ibu seronok kepalang,
rahmat Ilahi sentiasa.


juadah aneka,
hiasan pelbagai,
ziarah jalin hubungan,
jauh didekat rapat,
khilaf ditinggal jauh,
huluran tangan bersambut jua,
bikin senyum lebar.



nukilan; 
Cenderawasih Hijau



No comments:

Post a Comment