Benar nur tak kunjung,
andai diri tak buat apa,
andai berpeluk tubuh,
andai bersandar enak,
nur tak bisa jelma.
Tika nur menyinar,
jiwa sarat kian ringan,
sengsara mengusir lalu,
kerna sedar,
hakikat diri,
basyar hina cuma.
nukilan;
Cenderawasih Hijau
NUR KAU PEMBUKA KHASHAF UNTUKKU MENCINTAINYA
ReplyDeleteNur datanglah dikau di persada hatiku...
Agar terubat segala rindu
Mengusir pergi segala ketandusan iman
Nur ...kau sentiasa kuharapkan
Dalam rindu dalam bayangan suci
Kau menyucikan jiwa-jiwa yang
Kelam dalam derita sepi
Nur..kau membuatkan aku bersujud padaNya
Dalam rindu serindunya dan aku bersyukur
PadaNya kerana mengurniakan aku Nur untuk Menerangi imanku yang kelam berjerubu menutupi Khashafku tentang cintaNya
Rha NS
7212
terima kasih kak kerna beri nafas baru tuk puisi nii... =)
ReplyDelete