Sunday 24 June 2012

BISING

Dalam riuh ramai,
ada pendam rasa,
ada ketawa hilai,
saksi sebuah cerita,
pementasan dunia,
perkelahian pertarungan,
semangat berkobar.

Dalam riuh ramai,
sorakan tanda galakan,
sorakan tanda semangat,
kadang bikin pusing,
hingar bingar merata,
tiada mahu kalah.

Dalam riuh ramai,
ada sekeping hati,
perhati penuh minat,
sedang mulut bising,
bersemangat waja.


nukilan;
Cenderawasih Hijau

No comments:

Post a Comment