Tuesday, 15 September 2015

LUAHAN TERDALAM

Aku ini insan yang cukup hina. Aku ini insan yang mudah lupa. Aku ini insan yang kalau kau ingin fahami, memang sukar. Andai suatu hari kau ketemu aku dalam susah, biarkan aku. Kerana susah itulah yang ajar aku untuk jadi kuat dan lebih bijak. Andai kau hulur salam dan menolongku, mungkin sampai bila-bila aku tak kan belajar apa makna susah, apa makna berjuang. Dunia ini memang pelik, seringkali kau kan kunjung benda yang kau tak ingin. Seringkali kau berkawan dengan gundah, duka, sedih bersilih ganti. Tak ada yang biasa ajari kamu lebih dari kesusahan. Biarlah susah sekarang, kelak senang kan kunjung tiba.

No comments:

Post a Comment