Thursday, 25 April 2013

SAJAK GELAP 1

Masih ku ingat
jalan berliku ku jalani
simpang-siur kehidupan
jatuh bangun
dipuja dicerca
dipandang enteng
disalah erti
diseranah diumpat
insan bermuka dua
jua insan pendengki
berhasrat menjatuhkan
jua tak beri peluang.

Bukan ku salah erti
telah ku beri peluang
namun disakiti hati
beserta bukti
tak kan ku lupa selama
kerna kau lupa
aku perhati
aku dengari
aku fikiri
ku cuma manusia
bisa putus asa denganmu
kerna ku puas
kerna ku erti
walau beri peluang ulang kali
diperlaku mahumu.

Ku tak mungkin lupa
kerna ku jua manusia
maaf tak ku terima
kerana ku penuh khilaf
dendam tersemat
sampai satu tika
aku langkah pergi
berakhir segala
saling memaafi.

No comments:

Post a Comment