Friday 5 April 2013

WANITA

Memang aku wanita
tapi aku bukannya lemah.

Memang aku wanita
tapi aku bukannya pasif.

Memang aku wanita
tapi aku bukannya bodoh.

Memang aku wanita
tapi aku bukannya enteng.

Aku sama seperti kamu
tangkas berpencak
berani beraksi
pantas berfikir
teguh pendirian.

Memang aku wanita
kerana aku istimewa.

No comments:

Post a Comment